Selasa, 11 Januari 2011

3 Amanat Untuk Mendapat Kebahagian....

Seorang soleh mempunyai seorang anak lelaki... Saat beliau hampir menghembuskan nafas terakhir... beliau telah berpesan kepada anaknya... "anakku.... aku akan menghadap ilahi tak lama lagi... aku ingin berpesan kepadamu wahai anakku.... jika engkau mahukan kebahagiaan... hendaklah engkau melakukan 3 perkara...." dengan suara tersekat² orang soleh itu berpesan.... dengan tersedu² anaknya mengiakan kehendak ayahnya.... "apakah perkara tersebut wahai ayahku...." si anak bertanya.....

"Yang pertama.... jika engkau ingin bahagia... hendaklah engkau senantiasa makan sedap²..... seterusnya...... yang kedua... jika engkau ingin bahagia.. hendaklah mendapat tidur yang sedap².... yang terakhir wahai anakku... hendaklah engkau sentiasa kahwin baru....." tidak lama selepas itu orang soleh tersebut telah kebali kerahmatullah....

Untuk tidak menghampakan ayahnya.. Si anak pon menjalankan amanat ayahnya... di mana saja terdapat makanan yang sedap² dia kan pergi.... makanlah dia yang sedap² seperti yang di suruh ayahnya.... kemudian... dia membeli katil yang bagus² untuk keselesaan tidurnya... di belinya set tidur yang mahal².... seterusnya... dia juga akan kerap kali berkahwin... cukup yang keempat.. dia menceraikan seorang isteri.. kemudian kahwen lagi.... bergitulah rutin yang dilakukan untuk mendapatkan kebahagiaan...

Selepas berbulan mengamalkan amanat ayahnya... sedikitpon dia tidak berasa bahagia.... malah lebih sengsara.... jika dahulu dia kaya.. sekarang hampir papa.... duitnya telah habis.... semuanya untuk mendapatkan makanan yang sedap².... juga peralatan bilik tidur yang terbaik.... malah untuk mendapatkan isteri juga memerlukan duit.... dia mula berasa gundah... apakah benar amanat ayahnya.... tak mungkin ayah yang soleh itu berbohong.... dia bermonolog sendirian... hampir sasau jadinya kerana dia sering memikirkan tentang amanat ayahnya....

Setelah lama berfikir... dia telah mengambil keputusan untuk bertanyakan masalahnya kepada seorang Ulama'.... "ya sheikh.. sebelum ayahku meninggal dunia... dia telah berpesan kepadaku.... jika aku ingin bahagia lakukan 3 perkara iaitu hendaklah makan yang sedap², tidur juga yang sedap² dan yang terakhir beliau telah berpesan supaya aku senantiasa kahwin baru.... akan tetapi setelah aku mengamalkan amanat ayahku... aku tidak juga berasa bahgia.... malah aku lebih sengsara... bagaimana ya sheikh?" sheikh itu mendengar dengan teliti... setelah itu beliau bertafakur.... memikirkan tentang masalah tersebut....

"Wahai orang muda.... memang benar apa yang telah di amanatkan oleh orang tuamu.... adapun masalah yang pertama... jika engkau mahukan makan yang sedap² hendaklah engkau makan hanya apabila engkau benar² lapar..... yang kedua..... jika engkau mahukan tidur yang terbaik.... maka hendaklah engkau tidur apabila engkau betol² mengantuk...... seterusnya... yang terakhir... jika engkau mahu berkahwin baru selalu.... hendaklah engkau bepergian untuk menuntut ilmu...." kata sheikh tersebut...

Selamat beramal dan sampaikan....

sumber: www.lailahaillallah.com/ Muhammad Hazri in Islam, Health

Tidak ada komentar:

Posting Komentar