Senin, 18 Oktober 2010

Panduan Bagi Muslimah Mencari Kecantikan Diri

Posted October 16, 2010 by Norisah Seman in Renungan
Assalamualaikum,

Mengapa ukuran kecantikan perempuan hanya dilihat dari fizikal? Bukankah seorang perempuan juga mempunyai hati nurani, kepintaran,keperibadian yang dapat menjadikannya mempunyai kecantikan yang abadi? Mencari kecantikan yang bersumber dari dalam diri seorang perempuan ini sama pentingnya dengan melakukan perawatan fizikal. Kedua-duanya harus selaras (tawazun) dijalankan.

Untuk itu, pentingnya perawatan dan pemeliharaan tubuh secara rutin dan benar mulai dari pola hidup sihat, pola makanan yang sihat, istirehat yang cukup juga sama pentingnya dengan melakukan hal-hal yang baik agar keperibadiannya juga baik.

Bagi seorang muslimah, bila hal-hal berikut dilakukan, "Kecantikan dalaman" yang masih tersimpan di dalam dirinya nescaya akan keluar. Ia meliputi :

(a) Tilawah Al-Quran atau Berzikir[/b ]
Membaca Al-Quran sambil menyelami makna di dalamnya dapat merendam emosi dan fikiran-fikiran negatif diri seseorang. Begitu juga dengan berzikir sambil mengingat keagungan Allah. Maka akal lebih mudah berfikir sehingga tindak tanduk akan terkawal dengan baik. Tutur kata menjadi santun kerana perilaku tidak mungkin tercela. Hal ini kerana kuasa positif telah menyebar ke seluruh sel-sel tubuhnya sehingga memancarkan aura kebaikan.

(b) Membaca Buku-buku yang Bermanfaat
Buku adalah jendela dunia.Dengan membuka dan membacanya, wawasan dan pengetahuan kita akan bertambah sehingga fikiran-fikiran yang terpaku pada satu titik mulai beralih ke arah lain. Akal akan menuntun kita untuk mengembara ke tempat-tempat atau pada sesuatu yang tidak kita duga dan bayangkan sebelumnya.

(c) Silaturrahim
Manusia adalah makhluk hidup yang sangat perlu akan kehadiran makhluk hidup yang lain. Ini adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan sebab tak ada manusia hidup sendiri tanpa kehadiran orang lain di sisinya. Islam bahkan mengatakan bahawa silaturrahim tak semata kerana mereka makhluk sosial yang saling memerlukan tetapi kerana silaturrahim juga membuka pintu rezeki.

(d) Bersedekah
Peluang rezeki juga terbuka lebar kerana bersedekah. Malah sedekah akan menjadikan seorang itu bersifat penyayang dan belas kasihan kerana mengambil berat hal orang lain dan seterusnya membentuk peribadi yang baik..

Akhir sekali, muslimah yang sempurna tidak hanya memiliki kecantikan luaran malah juga memiliki kecantikan dalaman.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar