Selasa, 26 Oktober 2010

MULIA DAN HEBATNYA WANITA

Ramai yang tidak tahu bahwa ada
beberapa pekara yang telah terkait
dalam hadis yang mengisahkan
perbedaan darajat kaum wanita dan
lelaki. Perbedaan-perbedaan ini yang
menaikan darajat kaum wanita. Ciri-
ciri tersebut diuraikan di bawah ini :-
1. Doa perempuan lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab
baginda, “Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dlm
rahimnya,maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah
mencatatkan baginya setiap hari dgn
1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mula
sakit hendak bersalin,maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak,keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkanya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu
kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama
Allah.
7. Barangsiapa yang mengembirakan
akan perempuannya, darajatnya
seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah dan
orang yang takutkan Allah akan
diharamkan api neraka keatas
tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah,
(barang makan dari pasar ke
rumah)lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama,maka
Allah memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun)
10. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa bulan
Ramadhan,memelihara
kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang
dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.
12.Aisyah berkata, “Aku bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap
wanita?? Jawab
Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula
berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah, “Ibunya”.
13.Apabila memanggil akan engkau
dua orang ibubapamu, maka
jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.Wanita yang taat akan suaminya,
ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan
semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana? mana pintu yang di kehendaki
dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu dibawah tapak kaki
ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama
aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta bertanggungjawab,
maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu
berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
Jadi, janganlah sesekali kita merasa
lemah. wanita sebenarnya yang
membuat seseorang lelaki itu kuat.
Itulah salah satu sebab mengapa
Nabi meletakan wanita setaraf pada
lelaki dan tidak lebih rendah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar