Minggu, 17 Oktober 2010

Jangan...~

oleh WeLove Islam pada 26 September 2010 jam 1:10

Janganlah terlalu takut dihina manusia, namun takutlah dengan penghinaan daripada Allah atas dosa2 kita..

Janganlah segan dengan pemberian sedikit , kerana itu lebih baik daripada banyak namun slalu berbangga dan mengungkit2..

Janganlah terlalu mencari cinta manusia, sedangkan diri jauh dari Yang Maha Esa..

Janganlah terlalu menyimpan ego didalam dada, kerana kita semua adalah hamba Pencipta.

Janganlah merasakan diri baik sentiasa, hingga merasakan buruk pd lain manusia, sebab hidayah itu milik Allah Ta'ala..

Janganlah terlalu mengejar dunia, kerana dunia pasti lenyap akhirat kekal slama2nya..

Janganlah terlalu melihat pada harta kemewahan, kerana bukanlah ianya tanda kebahagiaan..

Janganlah terlalu meletakkan sesuatu harapan yang tinggi, kerana semua itu belum pasti, bergantung sentiasa pada Ilahi…

Janganlah cuba mengimpikan untuk berjaya, jika diri malas berusaha..

Janganlah cuba membesar2kan diri, kelak pasti binasanya hati

Janganlah menangis kerana cinta manusia, kerana itu menunjukkan diri terlalu lemah dan tak berdaya

Janganlah lupa bertaubat setiap masa, kerana kita tak dapat lari daripada kesilapan jiwa

Janganlah malas berbuat amal kebajikan, kerana dunia ini adalah tempat persinggahn mencari bekalan

Janganlah mengimpikan insan yg baik dan soleh/ah sbg pasangan, seandainya diri tidak seperti apa yg diimpikan

Janganlah takut berusaha untuk berjaya, kerana Allah melihat atas usaha, bukan atas hasilnya..

Janganlah malas beribadat pd Yang Maha Esa, kerana api neraka sedang menanti kita

Janganlah terlalu mengejar harta hingga abaikan ibadat kpdNya, kelak badan akan binasa, mati akan sia-sia tanpa amalan untuk akhirat sana..

Janganlah mengimpikan syurga, jika diri bersikap seperti ahli neraka

Janganlah cuba menyelami cinta, jika iman masih belum kuat di jiwa

Janganlah berlagak pandai dan bijaksana, sebab ilmu itu Allah yang punya

Janganlah sombong dan selalu berbangga-bangga, kerana semua didunia milik Allah Ta'ala

Janganlah sedih menerima dugaan, kerana menantinya pahala berlipat kali ganda, tanda kasih sayangNya

Janganlah terlalu bergembira, kelak akan terleka, pasti dimurkaiNya...

Janganlah kerana kegembiraan hadir pd jiwa, hati semakin jauh dariNya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar